...thyroid adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar thyroid. Hormon thyroid bertindak mengawal dan mengatur kadar metabolisma badan manusia. Kelenjar thyroid berfungsi menghasilkan hormon thyroid yang bertindak mengawal dan mengatur fungsi-fungsi kelenjar endoktrin yang lain. Ketidakupayaan kelenjar thyroid untuk berfungsi dengan baik akan menjejaskan fungsi-fungsi kelenjar endoktrin yang lain. Dengan ini, thyroid dianggap sebagai kelenjar yang paling penting.Kekurangan pengambilan iodine di dalam makanan boleh menyebabkan hypothyroidism, iaitu keadaan dimana kelenjar thyroid tidak dapat menghasilkan hormon thyroid yang mencukupi untuk mengawal kadar metabolisma badan. Kekurangan hormon thyroid akan menyebabkan kadar metabolisma badan menurun dan keperluan badan terhadap kalori juga menurun. Jika pengambilan makanan tidak dikurangkan, lebihan kolari akan diubah kepada lemak, dan akan menyebabkan kegemukan.
Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang sedang mengalami hypothyroidism, antaranya adalah kegemukan, gugur rambut, keletihan, tekanan, kulit kering, pendek nafas, dan sebagainya. Bagi mengawal hypothyroidism, amalkan pengambilan makanan secara seimbang meliputi makanan yang mengandungi iodine seperti lobak, kentang, ikan, gandum, pisang dan sebagainya.
Sebaliknya, hyperthyroidism adalah keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan hormon lebih daripada yang diperlukan oleh badan. Kelebihan hormon thyroid akan menyebabkan kadar metabolisma badan meningkat dan keperluan badan terhadap kalori juga meningkat. Jika badan tidak mendapat jumlah kalori yang mencukupi, maka berat badan akan mudah merosot.
Tanda-tanda bagi seseorang yang sedang mengalami hyperthyroidism, antaranya adalah sukar tidur malam, selera makan bertambah, degupan jantung tidak teratur dan sebagainya. Bagi mengawal hyperthyroidism, amalkan pengambilan makanan yang dapat menyekat penghasilan hormon thyroid, iaitu seperti kacang soya, lobak, bawang merah, pelbagai jenis sayur-sayuran hijau, dan sebagainya. Bila kelenjar thyroid gagal berfungsi dengan baik, sama ada hyperthyroidism ataupun hypothyroidism, salah satunya boleh menyebabkan goiter.





...sedikit info. Pendedahan terhadap cahaya matahari pagi akan merangsang Kelenjar 'Pineal' untuk mula menghasilkan hormon 'Serotonin' dan dalam masa yang sama Kelenjar 'Pineal' akan berhenti daripada menghasilkan hormon 'Melatonin'.
